Sabtu, 12 November 2011

Refleksi Pengajaran Matematik Tahun 2

Matapelajaran : Matematik
Kelas              : Linus Numerasi Tahun 2
Tajuk              : Masa dan Waktu
Kemahiran      : Menentukan Masa dalam jam dan minit
 

Pengenalan 

Semasa saya merancang pengajaran khusus untuk murid Linus Numerasi, saya telah memikirkan bahawa P &P yang dijalankan perlulah menggunakan alat sebenar ( jam) memandangkan murid ini lemah untuk memahami apa yang saya ajarkan. Pengetahuan sedia ada murid berkenaan sifir 5 yang saya terapkan menggunakan permukaan jam dapat diaplikasikan oleh murid dalam tajuk Masa dan Waktu. Oleh kerana murid ini adalah Linus maka saya merancang P &P mestilah menggunakan bahasa mudah, aktiviti yang dijalankan bermula dari rendah ke sukar dan dibuat berulang-ulang kali. Penilaian pula dibuat secara individu melalui aktiviti yang dirancang.





Kekuatan

            Kelebihan dan kekuatan semasa menjalankan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kejelasan sebutan guru. Sebutan yang jelas memudahklan murid mendengar arahan atau penjelasan daripada guru. Selain itu, intonasi juga penting bagi membolehkan murid membezakan antara arahan, penerangan dan soalan. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid sentiasa fokus dan memberi tumpuan kepada pengajaran cikgu.
            Ketegasan guru memberikan arahan dan meminta murid mengulang nombor yang di berikan dapat memastikan semua murid bersama-sama dalam sesi pembelajaran tersebut. Bimbingan terus di berikan kepada murid yang menghadapi masalah menarik minat murid. Tindakan murid memutarkan jarum jam mengikut arahan guru menunjukkan meraka faham akan arahan yang diberikan. Pujian yang diberikan juga dapat memotivasikan murid untuk mencuba mencari jawapan yang betul.

            Kelemahan

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru tidak seiring dengan bahan yang digunakan oleh murid. Pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru turut sama memutarkan jarum jam sambil dilihat oleh murid.
            Kepelbagaian aras kebolehan murid menyebabkan ada murid yang agak ketinggalan dan hanya meniru rakan sebelah. Aktiviti soaljawab bersama rakan sepatutnya dijalankan secara bergilir untuk memudahkan guru memberi penilaian kepada setiap murid.

            Langkah Mengatasi

            Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan
pengajaran yang dibuat penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah  penggunaan bahan bantu mengajar muka jam yang boleh digerakkan jarum minit sambil diperhatian oleh murid.
            Murid yang pelbagai kebolehan juga boleh digunakan untuk membantu rakan yang lambat menguasai isi pelajaran. Semasa sesi soalajawab berpasangan sepatutnya aktiviti tersebut dijalankan secara bergilir supaya murid dapat menunjukkan kebolehan mereka menjawab soalan dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan diri murid. Selain itu, memudahkan guru menilai kebolehan murid menyatakan masa dengan betul.

Matematik Tahun 4

 




Mata Pelajaran                        : Matematik
Kelas                                       : 4 Cemerlang
Tarikh                                      : 10.11.2011
Masa                                       : 30 minit
Bilangan Murid                        : 40 orang
Bidang pelajaran                     : Ukuran
Objektif pelajaran                    : Menyukat isipadu cecair
Hasil pembelajaran                 : Diakhir sesi pembelajaran ini  murid dapat
                                                A : Menguasai isikandungan
i)              Menyukat isipadu cecair menggunakan unit liter dan mililiter
B : Membina kemahiran saintifik,berfikir dan strategi
     berfikir
i)              Menyukat isipadu cecair dalam kumpulan untuk mengetahui isipadu cecair
C : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
i)              Melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan dan menyukat isipadu cecair dengan tepat.

Konsep                                    : Isipadu cecair di sukat menggunakan unit litre dan millilitre
Bahan                                      : Silinder penyukat,bikar, baldi,air
Langkah berjaga-jaga             : Memastikan air yang digunakan tidak tumpah
Pengetahuan sedia ada          : Murid telah menggunakan alat penimbang (kg) dalam tajuk 
                                                     Timbangan Berat


Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan
(3 minit )

Petak Sifir

Menetapkan masa untuk murid menyiapkan petak sifir

Murid menyiapkan petak sifir dalam masa yang ditetapkan dalam buku latihan
Strategi/Teknik
Pertandingan
Petak Sifir mengikut masa secara individu

Menstruktur
15 minit
Isipadu cecair disukat dengan silinder penyukat dan menggunakan unit litre dan mililitre
1.Guru
   membahagikan
   murid kepada 10
   kumpulan.
2.Guru memberi
   penerangan dan
   mengarahkan
   murid menyukat
   isipadu cecair
   mengikut arahan

1.Murid mendengar 
   arahan guru.
2. Murid menyukat
    isipadu cecair
    mengikut arahan
    guru melibatkan
    unit litre dan
    mililitre
Strategi/Teknik
Eksperimen dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Kerjasama dalam kumpulan
Aplikasi Idea
7 minit
Menyukat isipadu cecair dengan tepat
1.Guru mengarahkan murid melukis bekas dengan pelbagai senggatan
1.Murid melukis
   isipadu air
  mengikut arahan
  guru
Strategi/Teknik
Main Peranan
Penutup
5 minit
Isipadu cecair dalam kehidupan seharian
.Guru    mengarahkan
murid menyebutkan barangan di rumah dan isipadunya
Murid menjawab soalan guru secara individu
Strategi/Teknik
Soaljawab

Refleksi Pengajaran
Pengenalan
Sebelum saya memulakan pengajaran untuk murid Tahun 4 Cemerlang ini, saya perlu memikirkan beberapa aspek seperti bilangan murid yang ramai, latar belakang murid yang baik dari segi pengetahuan yang asas, berminat dan kerjasama yang diberikan. Oleh itu , saya boleh merancang aktiviti yang melibatkan murid menjalankan eksperimen kerana sikap ingin tahun dikalangan murid-murid dan mereka boleh bekerjasam antara satu sama lain.
 
Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan semasa menjalankan tugasan makroteaching ialah respon murid semasa aktiviti dan soaljawab yang dijalankan. Murid menunjukkan minat semasa aktiviti dengan terlibat secara aktif dalam kumpulan masing-masing. Penglibatan aktif dalam kumpulan dapat memupuk sikap kerjasama dikalangan murid-murid. Semasa sesi soalajawab murid menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Ini  boleh dijadikan panduan atau kayu pengukur oleh guru bahawa murid memberikan tumpuan semasa P & P dijalankan. Selain daripada itu, penguasaan isikandungan pelajaran oleh guru memudahkan penyampaian isi pelajaran. Guru dapat mengaitkan penggunaan isipadu cecair dan unit yang digunakan iaitu liter dan mililitre dalam kehidupan seharian murid-murid. Di samping itu, penyampain guru yang jelas dan tegas memudahkan guru mengawal murid semasa pengajaran di jalankan. Tindakan guru memberikan pujian terus kepada kumpulan yang berjaya menyukat isipadu cecair dengan tepat dapat digunakan sebagai peransang kepada aktiviti yang seterusnya di samping pemantauan dapat menilai murid secara terus. Tindakan guru bergerak dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain dapat membantu guru mengawal murid disamping memastikan semua murid terlibat dalanm aktiviti yang dijalankan.

Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan  yang dikenalpasti adalah penggunaan masa untuk aktiviti yang dijalankan dan penggunaan alatan yang kuranga mencukupi semasa aktiviti dijalankan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses P & P berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan rakaman P & P yang telah dijalankan, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah tidak seiring. Hal ini disebabkan oleh pada langkah menstruktur masa yang panjang diperlukan untuk murid melaksanakan aktiviti. Selain itu, bahan yang digunakan terhad iaitu dua bekas satu kumpulan.Semasa langkah murid mengaplikasi idea pula guru  tidak menunjukkan jawapan yang betul sebagai panduan murid. Walau bagaimanpun ianya tidak menjejaskan penglibtan murid semasa aktiviti dijalankan.


Langkah Mengatasi
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan makroteaching , penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan masa yang diguna pada setiap langkah yang dirancang. Ketepatan masa perlu supaya perancangan yang dibuat dapat diselesaikan pada satu-satu sesi pengajaran . Kegagalan guru menyudahkan P &P mengikut perancangan menyebabkan P & P yang sama terpaksa disambung pada masa yang lain dan ini menjejaskan perancangan tahunan yang telah dibuat sebelum ini.
Bahan yang mencukupi dapat membantu semua murid menunjukkan kefahaman mereka dengan menyukat isipadu cecair yang betul. Selain itu, bekas penyukat yang digunakan secara individu dapat memastikan murid terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.








































klip pengajaran

Khamis, 10 November 2011

Isipadu Cecair

Klip Video Pembelajaran Isipadu Cecair





   Setelah murid-murid menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi murid-murid akan belajar mengenai ukuran pula.  Kemahiran mengukur ini termasuklah ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.  Topik-topik ini  merupakan topik dalam matematik KBSR yang sangat selalu digunakan dalam kehidupan seharian. 

     Mengukur isipadu cecair mungkin kedengaran agak mudah bagi kita, namun tidak bagi murid-murid.  Murid-murid memerlukan bahan maujud bagi memahami konsep sebenar isipadu cecair dan dapat menggunakan istilah-istilah yang sesuai berkaitan dengan isipadu cecair seperti gambar rajah di bawah :



Gelas kosong  , Separuh Penuh dan   Penuh

Salah Konsep dalam Isipadu Cecair

     Antara masalah-masalah yang selalu dihadapi dalam mengajar topik isipadu cecair ini adalah salah konsep mengenai kapasiti sesuatu bekas.  Atau dalam kata lainnya "bekas manakah yang lebih banyak  isipadu airnya".  Dalam membezakan isipadu antara 2 bekas, murid-murid selalu membuat persepsi yang salah iaitu bekas yang tinggi biasanya mengandungi lebih banyak isipadu dibandingkan dengan bekas yang lebih rendah.  Oleh itu bagi mengajar membandingkan isipadu cecair antara dua bekas , saya telah mencadangkan dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran  dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk murid cerdas dan juga murid lambat.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 ( Untuk Murid Cerdas)

Tajuk  : 6. Isipadu Cecair

Objektif   :    Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
                      6.2  Mengukur dan membezakan isipadu cecair

Kemahiran   :  6.2.1  Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus


Bahan Bantu Mengajar
1.  2 keping Kertas manilakad berukuran 8 X 11 cm
2.  2 keping kertas manilakad bulat berdiameter  15 cm
3.  gam atau pita pelekat
4.  pen marker
5.  pasir
6. Kertas A4
7. Beberapa padanan bekas yang berlainan  saiz  ( contohnya bekas makanan, minuman dan kotak)                                                                                                       
 

Aktiviti
1.  Murid-murid melakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2.  Setiap kumpulan diberi  2 keping kertas manilakad 8 X 11 cm dan 2 keping kertas manilakad bulat berdiameter 15 cm .
3.  Setiap kumpulan hendaklah menggulung kertas manilakad tersebut kepada dua gulungan iaitu
      a)  Gulung kertas manilakad secara menegak
      b)  Gulung kertas manilakad secara melintang

4.  Tampalkan silinder yang terhasil dengan kad manilakad berbentuk bulat sebagai tapaknya.
5.  Tandakan silinder yang tinggi sebagai A dan silinder yang lebih rendah sebagai B dengan menggunakan pen marker.
6.  Guru bersoaljawab dengan murid-murid mengenai perbezaan dan persamaan yang dapat mereka lihat dalam kedua-dua silinder tersebut. Murid juga diminta meramal bekas manakah yang akan mengandungi lebih banyak isipadu ataupun kapasitinya.
7.  Setiap kumpulan melukis gambar silinder-silinder tersebut dalam kertas A4 yang dibekalkan.
8.  Guru meminta ahli dalam kumpulan mengisi pasir ke dalam silider A hingga penuh.  Catatkan dan lukiskan pemerhatian dalam Kertas A4 tadi.
9.  Dengan menggunakan pasir yang sama, ahli kumpulan akan memasukkan pasir tersebut ke dalam silinder .
10. Murid akan catat dan lukiskan pemerhatian dalam kertas A4.
11.  Guru minta murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai pemerhatian yang telah mereka lakukan dan kesimpulan yang dapat mereka lakukan berdasarkan pemerhatian tadi.
12.  Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil perbincangan mereka.
13.  Murid diminta meramalkan bekas manakah yang mempunyai lebih isipadu daripada padanan bekas-bekas yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas.
14.  Lembaran kerja


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 2 ( Murid Lambat)

Tajuk    :  Isipadu Cecair

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
                 6.2  Mengukur dan membezakan isipadu cecair
 

Kemahiran   :  Membezakan perbezaan isipadu di antara dua bekas secara perbandingan terus

Bahan Bantu Mengajar :
1.  Silinder Penyukat 1
 l
2.  Bikar 1l
3.  Air berwarna biru 1.5
 l
4.  Air berwarna merah  1.5
 l
5. cawan kertas kecil
6. Beberapa padanan bekas berlainan saiz (bekas makanan, minuman dan kotak)


Aktiviti  :
1.  Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan kecil seramai 4 orang dalam setiap kumpulan
2.  Setiap kumpulan diberikan sebuah bikar dan sebuah silinder penyukat.
3.  Guru bersoaljawab dengan murid-murid mengenai ciri-ciri fizikal bikar dan juga silinder penyukat.  Murid-murid akan mencari perbezaan dan persamaan antara keduanya. 
 
4.  Setiap kumpulan diminta mengisi silinder penyukat yang dibekalkan dengan air biru menggunakan cawan kertas kecil.
5.  Catatkan bilangan cawan air biru yang diperlukan untuk mengisi penuh silinder penyukat.
6.  Aktiviti diulangi dengan mengisi air merah pula ke dalam bikar sehingga penuh.
7.  Catatkan bilangan cawan air merah yang diperlukan bagi mengisi bikar sehingga penuh.
8.  Setiap kumpulan akan mengisi jadual yang diberi berdasarkan pemerhatian yang telah mereka lakukan.
9.  Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka berdasarkan soalan-soalan di bawah :
      a) Berapa banyak bilangan cawan yang diperlukan bagi mengisi penuh silinder penyukat dan bikar?
     b) Mengapa bilangan cawan air yang diperlukan untuk mengisi kedua-dua bekas itu sama?
10.  Seterusnya setiap murid ditunjukkan beberapa padanan bekas yang berlainan saiz dan murid diminta meramal bekas manakah yang dapat mempunyai lebih isipadu.
11.  Lembaran kerja.

Contoh Lembaran Kerja

                                                    
 Which containers hold more?.  Tick ( / ) 



Kesimpulan

     Kedua-dua aktiviti yang dirancangkan di atas dijalankan supaya murid-murid dapat membina konsep yang betul iaitu isipadu sesuatu cecair akan mengikut bekasnya dan isipadunya bergantung kepada saiz keseluruhan bekas bukannya bergantung kepada ketinggian sesuatu bekas itu.