Matapelajaran : Matematik
Kelas : Linus Numerasi Tahun 2
Tajuk : Masa dan Waktu
Kemahiran : Menentukan Masa dalam jam dan minitPengenalan
Semasa saya merancang pengajaran khusus untuk murid Linus Numerasi, saya telah memikirkan bahawa P &P yang dijalankan perlulah menggunakan alat sebenar ( jam) memandangkan murid ini lemah untuk memahami apa yang saya ajarkan. Pengetahuan sedia ada murid berkenaan sifir 5 yang saya terapkan menggunakan permukaan jam dapat diaplikasikan oleh murid dalam tajuk Masa dan Waktu. Oleh kerana murid ini adalah Linus maka saya merancang P &P mestilah menggunakan bahasa mudah, aktiviti yang dijalankan bermula dari rendah ke sukar dan dibuat berulang-ulang kali. Penilaian pula dibuat secara individu melalui aktiviti yang dirancang.
Kekuatan
Kelebihan
dan kekuatan semasa menjalankan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kejelasan
sebutan guru. Sebutan yang jelas memudahklan murid mendengar arahan atau
penjelasan daripada guru. Selain itu, intonasi juga penting bagi membolehkan
murid membezakan antara arahan, penerangan dan soalan. Semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan murid sentiasa fokus dan memberi tumpuan kepada
pengajaran cikgu.
Ketegasan
guru memberikan arahan dan meminta murid mengulang nombor yang di berikan dapat
memastikan semua murid bersama-sama dalam sesi pembelajaran tersebut. Bimbingan
terus di berikan kepada murid yang menghadapi masalah menarik minat murid.
Tindakan murid memutarkan jarum jam mengikut arahan guru menunjukkan meraka
faham akan arahan yang diberikan. Pujian yang diberikan juga dapat memotivasikan
murid untuk mencuba mencari jawapan yang betul.
Kelemahan
Bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru tidak seiring dengan bahan yang digunakan oleh murid.
Pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru turut sama memutarkan jarum
jam sambil dilihat oleh murid.
Kepelbagaian
aras kebolehan murid menyebabkan ada murid yang agak ketinggalan dan hanya
meniru rakan sebelah. Aktiviti soaljawab bersama rakan sepatutnya dijalankan
secara bergilir untuk memudahkan guru memberi penilaian kepada setiap murid.
Langkah
Mengatasi
Setiap
kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi
meningkatkan lagi kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan
pengajaran yang dibuat penambahbaikan
yang perlu dilakukan ialah penggunaan
bahan bantu mengajar muka jam yang boleh digerakkan jarum minit sambil
diperhatian oleh murid.
Murid
yang pelbagai kebolehan juga boleh digunakan untuk membantu rakan yang lambat
menguasai isi pelajaran. Semasa sesi soalajawab berpasangan sepatutnya aktiviti
tersebut dijalankan secara bergilir supaya murid dapat menunjukkan kebolehan
mereka menjawab soalan dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan diri murid.
Selain itu, memudahkan guru menilai kebolehan murid menyatakan masa dengan
betul.