Khamis, 10 November 2011

Isipadu Cecair

Klip Video Pembelajaran Isipadu Cecair





   Setelah murid-murid menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi murid-murid akan belajar mengenai ukuran pula.  Kemahiran mengukur ini termasuklah ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair.  Topik-topik ini  merupakan topik dalam matematik KBSR yang sangat selalu digunakan dalam kehidupan seharian. 

     Mengukur isipadu cecair mungkin kedengaran agak mudah bagi kita, namun tidak bagi murid-murid.  Murid-murid memerlukan bahan maujud bagi memahami konsep sebenar isipadu cecair dan dapat menggunakan istilah-istilah yang sesuai berkaitan dengan isipadu cecair seperti gambar rajah di bawah :



Gelas kosong  , Separuh Penuh dan   Penuh

Salah Konsep dalam Isipadu Cecair

     Antara masalah-masalah yang selalu dihadapi dalam mengajar topik isipadu cecair ini adalah salah konsep mengenai kapasiti sesuatu bekas.  Atau dalam kata lainnya "bekas manakah yang lebih banyak  isipadu airnya".  Dalam membezakan isipadu antara 2 bekas, murid-murid selalu membuat persepsi yang salah iaitu bekas yang tinggi biasanya mengandungi lebih banyak isipadu dibandingkan dengan bekas yang lebih rendah.  Oleh itu bagi mengajar membandingkan isipadu cecair antara dua bekas , saya telah mencadangkan dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran  dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk murid cerdas dan juga murid lambat.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 ( Untuk Murid Cerdas)

Tajuk  : 6. Isipadu Cecair

Objektif   :    Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
                      6.2  Mengukur dan membezakan isipadu cecair

Kemahiran   :  6.2.1  Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus


Bahan Bantu Mengajar
1.  2 keping Kertas manilakad berukuran 8 X 11 cm
2.  2 keping kertas manilakad bulat berdiameter  15 cm
3.  gam atau pita pelekat
4.  pen marker
5.  pasir
6. Kertas A4
7. Beberapa padanan bekas yang berlainan  saiz  ( contohnya bekas makanan, minuman dan kotak)                                                                                                       
 

Aktiviti
1.  Murid-murid melakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2.  Setiap kumpulan diberi  2 keping kertas manilakad 8 X 11 cm dan 2 keping kertas manilakad bulat berdiameter 15 cm .
3.  Setiap kumpulan hendaklah menggulung kertas manilakad tersebut kepada dua gulungan iaitu
      a)  Gulung kertas manilakad secara menegak
      b)  Gulung kertas manilakad secara melintang

4.  Tampalkan silinder yang terhasil dengan kad manilakad berbentuk bulat sebagai tapaknya.
5.  Tandakan silinder yang tinggi sebagai A dan silinder yang lebih rendah sebagai B dengan menggunakan pen marker.
6.  Guru bersoaljawab dengan murid-murid mengenai perbezaan dan persamaan yang dapat mereka lihat dalam kedua-dua silinder tersebut. Murid juga diminta meramal bekas manakah yang akan mengandungi lebih banyak isipadu ataupun kapasitinya.
7.  Setiap kumpulan melukis gambar silinder-silinder tersebut dalam kertas A4 yang dibekalkan.
8.  Guru meminta ahli dalam kumpulan mengisi pasir ke dalam silider A hingga penuh.  Catatkan dan lukiskan pemerhatian dalam Kertas A4 tadi.
9.  Dengan menggunakan pasir yang sama, ahli kumpulan akan memasukkan pasir tersebut ke dalam silinder .
10. Murid akan catat dan lukiskan pemerhatian dalam kertas A4.
11.  Guru minta murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai pemerhatian yang telah mereka lakukan dan kesimpulan yang dapat mereka lakukan berdasarkan pemerhatian tadi.
12.  Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil perbincangan mereka.
13.  Murid diminta meramalkan bekas manakah yang mempunyai lebih isipadu daripada padanan bekas-bekas yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas.
14.  Lembaran kerja


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 2 ( Murid Lambat)

Tajuk    :  Isipadu Cecair

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat
                 6.2  Mengukur dan membezakan isipadu cecair
 

Kemahiran   :  Membezakan perbezaan isipadu di antara dua bekas secara perbandingan terus

Bahan Bantu Mengajar :
1.  Silinder Penyukat 1
 l
2.  Bikar 1l
3.  Air berwarna biru 1.5
 l
4.  Air berwarna merah  1.5
 l
5. cawan kertas kecil
6. Beberapa padanan bekas berlainan saiz (bekas makanan, minuman dan kotak)


Aktiviti  :
1.  Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan kecil seramai 4 orang dalam setiap kumpulan
2.  Setiap kumpulan diberikan sebuah bikar dan sebuah silinder penyukat.
3.  Guru bersoaljawab dengan murid-murid mengenai ciri-ciri fizikal bikar dan juga silinder penyukat.  Murid-murid akan mencari perbezaan dan persamaan antara keduanya. 
 
4.  Setiap kumpulan diminta mengisi silinder penyukat yang dibekalkan dengan air biru menggunakan cawan kertas kecil.
5.  Catatkan bilangan cawan air biru yang diperlukan untuk mengisi penuh silinder penyukat.
6.  Aktiviti diulangi dengan mengisi air merah pula ke dalam bikar sehingga penuh.
7.  Catatkan bilangan cawan air merah yang diperlukan bagi mengisi bikar sehingga penuh.
8.  Setiap kumpulan akan mengisi jadual yang diberi berdasarkan pemerhatian yang telah mereka lakukan.
9.  Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka berdasarkan soalan-soalan di bawah :
      a) Berapa banyak bilangan cawan yang diperlukan bagi mengisi penuh silinder penyukat dan bikar?
     b) Mengapa bilangan cawan air yang diperlukan untuk mengisi kedua-dua bekas itu sama?
10.  Seterusnya setiap murid ditunjukkan beberapa padanan bekas yang berlainan saiz dan murid diminta meramal bekas manakah yang dapat mempunyai lebih isipadu.
11.  Lembaran kerja.

Contoh Lembaran Kerja

                                                    
 Which containers hold more?.  Tick ( / ) 



Kesimpulan

     Kedua-dua aktiviti yang dirancangkan di atas dijalankan supaya murid-murid dapat membina konsep yang betul iaitu isipadu sesuatu cecair akan mengikut bekasnya dan isipadunya bergantung kepada saiz keseluruhan bekas bukannya bergantung kepada ketinggian sesuatu bekas itu.


    






Tiada ulasan:

Catat Ulasan