Sabtu, 12 November 2011

Refleksi Pengajaran Matematik Tahun 2

Matapelajaran : Matematik
Kelas              : Linus Numerasi Tahun 2
Tajuk              : Masa dan Waktu
Kemahiran      : Menentukan Masa dalam jam dan minit
 

Pengenalan 

Semasa saya merancang pengajaran khusus untuk murid Linus Numerasi, saya telah memikirkan bahawa P &P yang dijalankan perlulah menggunakan alat sebenar ( jam) memandangkan murid ini lemah untuk memahami apa yang saya ajarkan. Pengetahuan sedia ada murid berkenaan sifir 5 yang saya terapkan menggunakan permukaan jam dapat diaplikasikan oleh murid dalam tajuk Masa dan Waktu. Oleh kerana murid ini adalah Linus maka saya merancang P &P mestilah menggunakan bahasa mudah, aktiviti yang dijalankan bermula dari rendah ke sukar dan dibuat berulang-ulang kali. Penilaian pula dibuat secara individu melalui aktiviti yang dirancang.





Kekuatan

            Kelebihan dan kekuatan semasa menjalankan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kejelasan sebutan guru. Sebutan yang jelas memudahklan murid mendengar arahan atau penjelasan daripada guru. Selain itu, intonasi juga penting bagi membolehkan murid membezakan antara arahan, penerangan dan soalan. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid sentiasa fokus dan memberi tumpuan kepada pengajaran cikgu.
            Ketegasan guru memberikan arahan dan meminta murid mengulang nombor yang di berikan dapat memastikan semua murid bersama-sama dalam sesi pembelajaran tersebut. Bimbingan terus di berikan kepada murid yang menghadapi masalah menarik minat murid. Tindakan murid memutarkan jarum jam mengikut arahan guru menunjukkan meraka faham akan arahan yang diberikan. Pujian yang diberikan juga dapat memotivasikan murid untuk mencuba mencari jawapan yang betul.

            Kelemahan

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru tidak seiring dengan bahan yang digunakan oleh murid. Pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru turut sama memutarkan jarum jam sambil dilihat oleh murid.
            Kepelbagaian aras kebolehan murid menyebabkan ada murid yang agak ketinggalan dan hanya meniru rakan sebelah. Aktiviti soaljawab bersama rakan sepatutnya dijalankan secara bergilir untuk memudahkan guru memberi penilaian kepada setiap murid.

            Langkah Mengatasi

            Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan
pengajaran yang dibuat penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah  penggunaan bahan bantu mengajar muka jam yang boleh digerakkan jarum minit sambil diperhatian oleh murid.
            Murid yang pelbagai kebolehan juga boleh digunakan untuk membantu rakan yang lambat menguasai isi pelajaran. Semasa sesi soalajawab berpasangan sepatutnya aktiviti tersebut dijalankan secara bergilir supaya murid dapat menunjukkan kebolehan mereka menjawab soalan dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan diri murid. Selain itu, memudahkan guru menilai kebolehan murid menyatakan masa dengan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan